Thursday, April 21, 2011

Persembahan

Gambar selepas persembahan :D

Semua kelas diwajibkan membuat satu persembahan pada setiap hari selasa mengikut giliran masing masing . Pada hari selasa lepas bersamaan 19 April 2011 . Tibalah giliran kelas kami 4 Setia membuat persembahan . Persiapan last minute yang membuatkan persembahan itu hanyalah simple dan sekejap . Bulan tersebut adalah bulan Bahasa Malaysia . Jadi kami diwajibkan membuat persembahan dengan menggunakan Bahasa Malaysia iaitu Bahasa Kebangsaan kita .

Pada mulanya kami bercadang untuk menyanyikan lagu Dunia daripada kumpulan Bunkface . Tapi kebanyakkan pelajar perempuan kelas tersebut tidak tahu tentang lagu tersebut termasuklah aku -.- manalah aku nak tahu . Aku punn layan sangat Bunkface kann ? --' Jadi kami sepakat untuk menyanyikan lagu Standing In The Eyes Of The World atau dalam Bahasa Malaysia nya Berdiri Di Mata Dunia ! Tajuk lagu tersebut sahaja yang menunjukkan lagu tersebut adalah lagu Bahasa Inggeris . Tetapi liriknya adalah dalam Bahasa Malaysia .

Aku bercadang untuk tidak mahu turut serta dalam persembahan tersebut kerana kecederaan pada kaki yang dialami selama hampir dua minggu itu tidak pulih dengan sepenuhnya tetapi dengan ajakkan dan pujukkan daripada kawan kawan aku turut serta walaupun jalan masih terhuyung hayang . Persiapan last minute dan kami hanya dapat berlatih sekejap dan sekali sahaja ketika waktu habis sesi persekolahan pada hari Isnin .

Aku dipilih untuk memegang pembesar suara dan aku disuruh untuk menyanyikan permulaan dan pergakhiran lagu tersebut . Kami mengalami masalah teknikal . Entah kenapa komputer riba yang dibawa oleh Wan Hassafinie tidak boleh memasang video yang telah di download oleh aku pada malam sebelum persembahan . Jadi kami hanya membuat persembahan tanpa iringan musik . Aku malu kerana aku yang memulakan persembahan berikut dengan mengunakan pembesar suara dan tanpa iringan musik . FIRST TIME NI AKAK NYANYI ATAS PENTAS ! Tak pernah dibuat aku . YA ALLAH aku redha dan alhamdulillah persembahan yang simple dan dapat tepukkan daripada penonton :)

No comments:

Post a Comment