Saturday, April 30, 2011

Mari berkongsi bersama

Masa dekat kem jati diri tu , ada satu slot dalam satu kumpulan 2 orang wakil pelajar untuk memberi tazkirah pendek dan padat yang hanya memerlukan masa selama 2 hingga 3 minit sahaja . Aku orang pertama wakil daripada kumpulan aku iaitu kumpulan 3 . Aku dengan kelam kabut hanya memberi tazkirah tentang attitude ! Sikap yang perlu ada pada wanita .

Tapi aku tak puas dengan tazkirah yang aku berikan itu . Aku ingan berkongsi satu cerita benar yang terjadi pada diri aku semasa aku berada di Masjid Negara untuk Kem Jati Diri pada tahun lepas . Malangnyaa aku tak dapat berkongsi cerita itu kerana kesuntukkan masa . Jadi untuk memuaskan diri sendiri aku ingin menceritakan cerita benar itu di sini .




Ketika di Masjid Negara tempat belajar kami adalah di Dewan Masjid Negara (gambar yang tertera di atas) . Dewan tu susah untuk mendengar bunyi yang berada di luar dewan . Maka apabila hujan turun sudah hampir 1 jam baru kami perasan akan bunyi tersebut . Kami bergegas pergi menuju ke hadapan untuk memberi tahu ustaz tentang perkara tersebut . Dalam masa yang sama azan berkumandang menunjukkan sudah masuknya waktu asar dan kami keluar dari dewan , pergi ke khemah masing masing untuk mengangkat barang masing masing yang ada di dalam khemah yang sudah basah lencun .

Sebelum turun untuk pergi mengangkat barang , ustaz aku melarang aku , beliau suruh aku pergi menunaikan solat asar dahulu baru pergi mengangkat barang tersebut . Sedangkan aku risaukan barang yang berada di dalam khemah tersebut sebab khemah kelihatan basah lencun kerana hujan yang sangat lebat . Aku berkata kepada ustaz "Alaaa ustaz , nanti barang saya dalam tu basah ." ustaz berkata "Pergi ambil wuduk , tunaikan solat asar . Doa moga barang yang berada di dalam khemah awak tidak basah"

Aku dengan hati yang terbuka , redha jika barang barang aku semua basah , aku pergi mengambil wuduk dan menunaikan solat asar dengan khusyuk . Selepas selasai menunaikan solat asar aku berdoa agar pakaian atau barang barang aku yang berada di dalam khemah itu di lindungi oleh Allah daripada basah walaupun hampir 1 jam setengah hujan turun dengan lebatnya . Aku bergegas turun bawah dan selamatkan pakaian dan barang barang aku . Aku angkat dan letakkan di tempat yang bersih dan tidak terkena tempias hujan .

Guess what guys ? Pakaian , beg atau barang barang aku yang ada di dalam khemah itu tiada satu pun yang basah walaupun dibasahi hujan selama 1 jam setengah . Berkat kesabaran dan Allah memakbulkan doa aku . Allah Maha Mendengar ! Rintihan atau permintaan daripada hambaNYA , Allah tak akan pernah sia siakan hambaNYA . Jadi , tunggu apa lagi ? Taat akan suruhanNYA . Don't despair and never lose hope cause Allah is always by your side !


p/s : Rindu sangat dekat kekasih hati saya Nur Syahirah Bt Taib dan rindu nak pergi kem dengan awak adik :(

No comments:

Post a Comment