Monday, April 11, 2011

Injured :(

I had my own fun with them yesterday. Gelak gelak, ajar Eyfaa pakai tudung syria, makan banyak banyak dekat kantin SKPP8(2), training bersungguh sungguh for the last time with Kak Mira, Kak Yuni, Kak Syikin and Eyfaa sebelum game. Aku happy bila dengan korang. Serious! Tapi sayangnya masa first game belum second half lagi aku dah injured. Kena tolak dengan WD SMKPP11(1). Kaki aku terkehel kuat dahulu sebelum terjatuh dan tak boleh bangun. Bengkak besar pada kaki sebelum cikgu bawa ke Hospital Putrajaya.


I can't stop crying dari masa kejadian sampai dekat hospital. Aku tak boleh jalan. Sampaikan netball player under fifteen dah tak larat nak angkat sebab badan aku lemah sangat. Bila lemah takde energy and badan aku jadi berat. Sampai je dekat hospital dorang ambil wheelchair. Aku masih lagi menangis kesakitan sementara menunggu giliran untuk mendaftar dan selepas mendaftar aku dihantar ke wad kuning iaitu wad sem kritikal.


Selepas sampai ke wad kuning dan aku dibaringkan dan masih menangis. Doctor mengambil ubat tahan sakit nak bagi dekat aku. Aku ingat kena telan. Kay takpe lah terima je. Bila aku nampak jarum dekat tangan dia aku menangis. Wehh dah lama tak kena inject dekat bontot. Last pun masa umur 3 tahun masa kena duduk hospital sebab demam campak. Ya Allah sabar je lah aku tengok jarum tu :( sob sob! Hmm setengah jam kemudian aku dihantar ke bilik x-ray untuk x-ray kaki nak tengok sama ada patah ke tak! Lepas je x-ray aku msg umi bagi tahu yang aku ada dekat Hospital Putrajaya! Ankle kaki aku lari!





Lepas settle perkara dihospital. Cikgu nak hantar aku balik. Cikgu taknak :( Saya nak tengok game. Cikgu tak bagi. Dia cakap aku kena banyak rehat sebab aku tak boleh jalan tuuu. Doctor pun bagi MC seminggu suruh aku rehat dekat rumah. Jangan berjalan banyak dan elakkan kaki kiri daripada jejak tanah! Hmm sedihh :( So balik daripada hospital kita orang pergi sekolah 8(2) balik sebab nak angkat barang barang aku sebelum aku dihantar balik ke rumah untuk beristirehat :( Kak Yuni and Kak Syikin hantar beg aku dari dalam sekolah ke luar sekolah. And ayat sedih yang keluar dari mulut Kak Yuni "Cikgu kalah teruk :( Que tak boleh main ke?" Ya Allah sedihnyaa dengar. Serious nak main tapi tak boleh :( Kak Syikin pula berkata dengan nada yang perlahan dan sedih "Cikgu kesian kita orang. Pemain simpanan semua tak boleh pakai. Que tak boleh main ke? Eyfaa daripada jadi Center terus jadi GA. Saya daripada WD ke WA ganti Que. Kak Mira kena tolak. Dorang main ganas gila cikgu :(" Ya Allah nak menangis aku dengar :( Takpe takpe! Next time maybe. Janji under fifteen kita dapat masuk final. Sorry sebab aku punca kekalahan. Aku tak minta benda ni jadi. Semuanya kehendak Allah dan kita redha. Allah tahu yang terbaik untuk hambaNYA. Chill okay? :')

No comments:

Post a Comment