Tuesday, February 22, 2011

-.-

Okay macam biasa rutin harian aku pada waktu malam. Pergi ke surau untuk solat maghrib dan isyak. Tapi semalam lain. Aku tiba tiba rajin nak stay surau and buat homework!

Okay semalam ramai juga kaum wanita dekat surau. Tak macam selalu. Maybe sebab ada class mengaji kot sementara tunggu masuk waktu isyak. Aku masuk surau nak solat maghrib bersama homework kesayangan. Letak buku dulu then solat maghrib berjemaah bersama. Dah rakaat yang terakhir iaitu rakaat yang ketiga tiba tiba orang sebelah aku yang aku tidak pernah nampak mukanya sebelum ni hand phonenya berbunyi dan lagunya "Sejak dari dulu, ku menyintaimu. Kau tahu begitu namun kau berpura, ku masih teringat kau peluk diriku ......." Mungkin boyfriend dia call kot -.- okay aku tak kesah and just ignored!

Tapi agak agak lah kan. Sekurang kurangnya nak bawa hand phone tu silent lah kan? Geram je aku -.- semua dah tak khusyuk sebab dengar lagu tu. Okay lepas tu dah bagi salam semua, nak zikir. Semua makcik makcik dekat situ pandang aku. Aku pun macam nak je cakap bukan hand phone saya lahhhhh -.- Semua makcik makcik usha panas tak puas hati je. Aku bengang lah juga. Lepas tu masa nak salam semua orang, makcik makcik pandang aku lagi dan tuan punya hand phone tu salam aku sambil senyum. Apa senyum senyum? Salah kau aku yang kena. Eeee geram je aku -.-

No comments:

Post a Comment