Friday, April 8, 2011

Hari ni hari jumaat. Hari terakhir sekolah dalam setiap minggu. Esok cuti so umi bagi main computer. Balik sekolah aku terus online. Sebab kang dah ramai orang berebut. Abang aku nak guna, adik aku nak guna. Leceh! Malas nak gaduh gaduh -.-

Aku online kay pastu ada sorang sahabat lama aku daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik (SMKTT) chat aku dekat fb. Dia cerita dekat aku pasal seorang budak perempuan tingkatan 4 SMKTT mati bunuh diri. Sebab apa? Putus cinta! Pengetua nangis katanyaaa sebab budak budak SMKTT ramai bunuh diri sebab putus cinta! Yang bunuh diri setakat ni semua india. Yang islam belum lagi lah. Chop chop chop! Aku tak faham! Kalau putus cinta perlu ke bunuh diri? Kenapa nak sakiti diri sendiri? Tak perlu!

Aku sedih sebab aku kenal si dia dan aku pernah bercakap dengan dia walaupun dia berdarah india campur cina (mix). Dan dia seorang pengawas yang menduduki class 4science3! Hmm walaupun aku tak berapa suka sangat dengan pengawas tapi chill lah! Dia tak pernah usik aku so buat apa nak bengangkannn? Hmm takpe lah! Ambil pengajaran dengan kejadian ini. Semua masalah boleh diselesaikan! Tak perlu buat kerja bodoh yang boleh membahayakan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment