Saturday, February 26, 2011

Mirza Reza


Mirza Reza je lah. Nama bapa dia apa entah. Aku tak ingat lah. Tarmizi kot. Entahlah! Aku pakai sebat je HAHAHA sorry kalau salah wehhhh. Gambar ni je yang ada dalam pendrive aku. Aku ambil je lah. Jangan marah okay mok? Hihi ni lah kawan lelaki yang rapat dengan aku yang paling gemok sekali pernah aku ada. (Weh jangan marah!) Tapi tak kesah lah dia gemok mana pun, janji aku suka kawan dengan dia. Baik and sometimes tak pernah kedekut dengan kawan kawan. Kannn? Alaaa walaupun dia gemok tapi dia comel. Kau ada kawan macam ni? Ada? Ada? Takde kan?

Haaaa budak budak save nama kau dalam phone apa mok? Adibah Piranha. Sebab apa? Adibah sebab Adibah Noor penyanyi tu. Badan dia sama macam kau. Piranha sebab time kita lunch berlima dekat Hafiz Corner lepas tu kita jumpa ada sorang perempuan rambut merah pandang je aku. Mungkin dia jelous kot aku dengan Myrul sweet sangat -.- Kita pun panggil lah perempuan tu Piranha. Start daripada lah dapat nama Adibah Piranha untuk kau :DD

Eh Miza, terima kasih kerana video call dengan saya walaupun awak tengah kaunseling time tu. Ganggu ye? Tak kan? Untuk aku semua bolehkan? Maklumlah awak. Kita jauh so don't mind if anything for me right? Heee thank you kawan! Eh mok kau tahu tak? Aku rindu sangat nak lepak Abe 5 orang. Kita kan 5 kawan sehati sejiwa. Aku, Myrul, Kau, Syeera and Semut. Lepak Abe gelak gelak, semua order air yang ada colour (air manis) sampai kau punya air jernih je. Air kosong pulak memang lah jernih. Hahaha lepas tu kena lah bahan dengan Aku, Myrul, Syeera and Semut. Kadang kadang air kau bertukar colour disebabkan kita orang yang nakal ni. Ya Allah rindunya time tu :'(

Sebelum maghrib semua gerak balik rumah masing masing. Kadang kadang Wan and Syarel datang lepak dengan kita. Kadang kadang Megat and Ebal. Tapi tu semua kadang kadang je. Kita 5 orang je yang stay together pergi mana mana semua sama sama. Keluar KL sesama, lepak sesama, jogging sesama. Yang lain kadang kadang je. I mean Wan dengan Syarel ada lah juga join kita. Tapi selalu hilang hahaha. Megat dengan Ebal dah memang out from the list. Dorang busy dengan hal lain. Tapi tak kesahlah! Tu hak masing masingkan? Aku tak pernah nak paksa apa apa pun. Semua dah besar. Mok ingat tak setiap kali aku datang Ampang je mesti tempat first kau ajak pergi Abe, tak Abe MCD. Tapi tak boleh sebab aku dekat Ampang kejap je. Nanti ada masa kita lepak lah okay? Nanti kau dah ambil lesen kereta jangan lupa orang Putrajaya tau gemok?

No comments:

Post a Comment